Bicara Langit Sempena Hari Kebangsaan ke-64: Tanah, Air dan Langit - Kisah 2 Negara

tanah air & langit.jpegTanah air kita–Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64. Dark Sky Malaysia (DSM) amat menghargai hubungan erat yang wujud antara pelbagai kumpulan etnik di negara ini, dalam masa yang sama menjasai pertalian antara rumpun penduduk di Malaysia dan Indonesia. DSM memilih tema 'Tanah, Air dan LANGIT - Kisah 2 Negara' untuk Program Bicara Langit Sempena Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini.



Program ini mempunyai objektif untuk memperkenalkan pengetahuan dan amalan berkenaan langit dalam 'wéltanschauung' masyarakat Jawa. Kebudayaan langit orang Jawa melibatkan sejarah pemikiran astronomi yang telah mengakar sejak zaman Hindhu-Buddha sehinggalah tersebarnya Islam pada hari ini. Kebudayaan Jawa juga berkembang subur di Malaysia khususnya di negeri Johor dan Selangor tetapi pemahaman astronomi Jawa di negara kita tidak begitu diketahui umum berbanding di Indonesia.

Dalam menanamkan kefahaman tentang budaya Jawa di samping meraikan kepelbagaian budaya lokal, DSM berhasrat agar program ini dapat mencari titik pertemuan yang akan mengukuhkan lagi semangat persaudaraan antara dua negara, di bawah satu langit yang sama.

Program ini akan menampilkan Pak Widya Sawitar dari Planetarium & Observatorium Jakarta, seorang tokoh astronomi kebudayaan yang dikenali sebagai 'bapa astronomi amatur' di Indonesia, bersama Saudari Nurul Fatini Jaafar yang merupakan seorang penyelidik etnoastronomi Alam Melayu dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Akan ada sesi tanya jawab di akhir program. Segera daftarkan dirimu bit.ly/bicaralangit64

Program akan ini berlangsung pada;
Hari/tanggal   : Rabu, 1 September 2021
Pukul              : 08.30 malam (waktu Malaysia)

Ikuti siaran langsung di Facebook dan Youtube Dark Sky Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/darkskymalaysia
Youtube: https://youtube.com/channel/UCHwedG4pjSAohXF5KlfD27Q

@uppkjtim


QUOTES

“Manusia tanpa cita-cita adalah mati. Cita-cita tanpa kerja adalah mimpi. Idaman yang menjadi andalan adalah kebahagiaan.”
- Ali Sadikin -
Gubernur DKI Jakarta 1966 - 1977
“Emang rejeki kagak kemane, tapi kalo lo gak kemane-mane mana mau dapet rejeki.”
- H. Benyamin Sueb -
Seniman Betawi